Friday, 22 September 2017

Aksi Cium Mulut Fattah Amin Dan Janna Nick Cetus Kemarahan

Aksi Cium Mulut Fattah Amin Dan Janna Nick Cetus Kemarahan

BELUM pun ditayangkan impak drama adaptasi Korea Selatan, Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick terus mencetuskan kontroversi.

Terbaharu Fattah dan Janna dikritik hebat  gara-gara pelakon baharu iaitu Fara Mendoza memuat naik video  pasangan berkenaan melakonkan aksi bercium di Instastory Instagram miliknya.

Video itu yang diulang siar (repost) akaun dari Instagram menggunakan nama @fatt4stictv80xds mengundang perbalahan dalam kalangan peminat yang menganggap adegan itu melampaui batas.

Walaupun tidak sebarang sentuhan berlaku namun Fattah dan Janna dikritik teruk kerana adegan itu tidak patut dilakukan kerana ia dianggap boleh medorong perbuatan maksiat dalam kalangan remaja.

Rakaman adegan cium antara Janna dan Fattah yang menimbulkan kemarahan netizen.

Sebagai selebriti, netizen berpendapat apa dilakukan oleh mereka akan menjadi ikutan peminat selain berharap babak ciuman tidak dimasukkan dalam drama itu nanti.

Salah seorang netizen menggunakan nama @cik_semut_api menulis "dimanakah para alim ulama Malaysia ni sampai adegan macam ini pun boleh lakonkan. Memang tak betul tapi tetap mengundang kepada maksiat.

"Tolong terangkan sebab saya cetek dalam bidang hukum hakam agama ni! Kalau macam ini sampai kiamat pun gejala keruntuhan moral remaja tak dapat dibendung," tulisnya.

Komen ditinggalkan @cik_semut_api itu turut mendapat sokongan daripada beberapa pengikut lain yang turut bersetuju adegan seperti itu mampu mempengaruhi remaja zaman kini dalam terjerebak dalam perkara-perkara tidak baik.

Janna bersama Nur Sajat yang membuat kemunculan istimewa dalam drama itu. Foto Instagram @jannanick

"Kenapa mesti tiru babak yang ini... Macam mana kalau budak-budak remaja tengok drama ini nanti, kan tidak elok. Lagipun kitakan orang Melayu Islam," tulis @azizneny.

"Memang tidak dinafikan terkejut tengok babak ini, hmmm... Rasanya tak perlu buat adegan macam ini nampak terlalu dekat walaupun tak bersentuh," @tulis pula @nurulrazahyra.

Bagaimanapun ada juga peminat setia Fattah mempertahankan tindakannya itu dan meminta adegan itu tidak diperbesar-besarkan kerana ia hanyalah lakonan dan tidak menyentuh Janna.

@rositaheta menulis;"Tenang, orang lain boleh buat, siap laga-laga hidung bagai kenapa Fattah tak boleh?," soalnya.


Fattah tekun menghafal skrip. Foto Instagram @fattahaminz

"Saya hormat dia kerana berani melakukan adegan itu walaupun akan ramai mengkritiknya selepas ini. Kita semua pun tahu ini semua permainan kamera sahaja kan," tulis pula @my.Charmander.

@sylviaanthony7780 menulis; kali pertama tengok Fattah buat babak berani ni... Good job Fattah! Macam betul gaya cium Janna tu.

Bagi yang tengok tolong jangan kecam sebab itu hanya lakonan, berfikiran positif ok!

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahira dan ramai lagi.

Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh  Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.



Thursday, 21 September 2017

(6 Foto) Pergh..!! Besar bapakk Cik Ayda oii..Mantap Gila! Gambar No 4 Tu Sumpah paling Padu & Clear!

(6 Foto) Pergh..!! Besar bapakk Cik Ayda oii..Mantap Gila! Gambar No 4 Tu Sumpah paling Padu & Clear!


Perghh..!! besar bapakk Cik Aida Oooiii..!! dulu kecik jee.. sekarang nahh !! amekkaww !! semakin membesar kan?? memang geram laa sape yang tengok lagi-lagi gambar yang last tuu.. tuu gambar terbaru.. heheeheee

Populariti Ayda Jebat boleh dikatakan melonjak secara drastik sejak dia membintangi drama Rindu Awak 200%.

Sejak itu rezekinya semakin meruah hingga dengar khabar, pada usia semuda 23 tahun pelakon yang terkenal dengan tagline ‘Muah Ciked’ ini sudah mampu memiliki rumah sendiri.

Ayda yang mesra mengelarkan dirinya sebagai Adik, mengakui hal ini dan memberitahu dia telah membeli rumah kali pertama yang terletak di Kuala Lumpur, hasil titik peluknya dalam bidang lakonan.


Bagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan jenis rumah yang dibeli sama ada sebuah pangsapuri, rumah teres atau banglo.

“Adik beli rumah ni pada tahun lepas. Tak payahlah cakap rumah macam mana yang dibeli. Cukuplah kalau Adik cakap yang rumah ni terletak di KL,” jelasnya.

Tambah Ayda, dia memilih untuk membeli rumah di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan kerjaya seninya yang lebih tertumpu di ibu kota.





Jangan Terus Percaya Kawan, Pastikan Tiada Kamera Bila Berseronok – Fathia Latff

Jangan Terus Percaya Kawan, Pastikan Tiada Kamera Bila Berseronok – Fathia Latff

Kontroversi Fathia Latiff menari dalam satu siaran langsung di Bigo Live Natasha Elyzza masih menjadi bualan hangat.

Terbaru, Fathia telah bersiaran di Instagram secara langsung dan menerangkan mengapa dia membuat pengakuan bahawa wanita yang menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payudara itu ialah dirinya. Ujarnya:

Saya tak sedar. Kalau kita dengan kawan-kawan perempuan, kitakan buat video peribadi, yang hanya disimpan sesama sendiri. Tapi itulah, perkara dah terjadi.


Ditanya oleh peminatnya sama ada dia telah bertaubat, Fathia berkata:

Ia antara saya dan tuhan. Sama ada saya bertaubat atau tak taubat antara saya dengan tuhan. Saya tak perlu beritahu satu dunia saya dah bertaubat atau tidak. Biarkan perkara lepas itu berlalu.

Tetapi saya rasa dah buat keputusan yang betul dengan mengaku yang memang saya yang ada dalam video itu. Saya tak mahu berbohong.

Saya tak mahu berbohong kerana ini realiti dunia, yang kita berbuat silap.

Fathia mengambil pengajaran yang dia tidak sepatutnya terus mempercayai rakannya dan memastikan tiada kamera ketika berseronok dengan kawan-kawan perempuan:


Ia tak baik kerana video itu terkeluar dan ia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang yang lebih muda dari saya. Tapi sebenarnya kalau kita ambil secara positif, kita boleh berseronok dengan kawan tetapi pastikan jangan terus percaya kawan kita, pastikan tiada kamera dan sebagainya.

Itulah yang saya pelajari dari kesilapan saya.

Diminta supaya belajar menutup aurat dengan betul selepas ini, Fathia berkata:

Bukan hanya aurat sahaja. Ada perkara lain yang juga penting seperti berbuat baik kepada orang lain dan juga berbuat baik kepada haiwan. Bagaimana anda melayan orang lain, bukan saja hanya aurat.


Aurat ialah sebahagian dari apa yang kita belajar dalam Islam. Tetapi ada perkara lain yang kita perlu belajar. Bukannya bila anda tutup kepala anda, anda boleh lakukan apa saja yang anda mahu contohnya kecam orang lain, atau menyumpah orang lain. Itu pun salah juga, kan?:

Fathia juga menganggap seperti mana orang lain menghadapi dugaan, kontroversi di Bigo Live ini juga satu dugaan yang perlu dihadapnya.


Terdapat komen peminat yang bertanya mengapa Fathia bersiaran langsung dengan kepala hanya ditutup penutup jaket dan menampakkan leher, tetapi Fathia tidak menjawab persoalan tersebut.

Apa pun, kita harapkan Fathia telah belajar dari kesilapannya. Kalau dengan kawan perempuan sekalipun rasanya masih ada adab perlu dijaga oleh seorang wanita berhijab dan ia bukan perkara normal untuk menari seksi sehingga menampakkan payudara walaupun di kalangan perempuan. Rasanyalah


Kalau saya bebas, mungkin saya lakukan hal yang sama

Kalau saya bebas, mungkin saya lakukan hal yang sama

Kalau saya bebas, mungkin saya lakukan hal yang sama“Saya mula terjebak dengan dadah sewaktu berusia 13 tahun. Dadah pertama saya cuba adalah pil kuda. Saya turut hisap gam, minum ubat batuk, tagih syabu dan pil khayal Eramin 5 dan Ecstasy. Jujurnya semua jenis dadah saya pernah cuba,” pengakuan seorang remaja berusia 16 tahun yang hasnya mahu dikenali sebagai Amy.

Remaja terbabit kini sedang menjalani pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia di Bukit Tunku di sini, selepas dihantar ibu bapanya.

Dia yang ditemui wartawan  semalam mengaku sedih apabila mengetahui kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengorbankan 23 nyawa dilakukan kumpulan penagih dadah remaja.

“Mereka semua lebih kurang sebaya saya. Jika saya masih bebas di luar sana, mungkin saya turut melakukan kegiatan jenayah ekstrem sama apabila gagal mengawal diri,” luahnya.

Amy mengaku terbabit dalam penyalahgunaan dadah ketika berusia 13 tahun dan dihantar ke Pengasih oleh keluarganya sewaktu dia berusia 14 tahun.

Selepas setahun menjalani rawatan kerohanian di Rumah Pengasih dan berjaya mengatasi masalah ketagihannya, dia dibenarkan pulang untuk menjalani kehidupan normal.

Bagaimanapun masalah sama berulang kembali ketika dia berusia 15 tahun gara-gara tewas dengan godaan dan pengaruh rakan sebaya.

“Akibat ketagihan, saya pernah mencuri dan melakukan kes pecah rumah untuk mendapatkan wang malah pernah menjadi tokan dadah.

“Paling teruk, saya pernah menumbuk bapa saudara hanya kerana ditegur. Selain itu sering berhalusinasi hingga saya seolah-olah orang gila,” katanya.

Seorang lagi remaja berusia 17 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Rafi berkata, dia pernah dipenjarakan atas jenayah pecah masuk bangunan sehingga dijatuhi hukuman mengikut Akta 308 kanun keseksaan.

“Saya lakukan itu demi mendapatkan wang membeli alkohol dan dadah,” katanya.

Dia memberitahu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini selepas mendiami Pengasih sejak Mac lalu.

“Saya setuju dengan syarat ibu untuk menjalani proses pemulihan di Rumah Pengasih kerana tidak sanggup tinggal di penjara,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, pengambilan dadah tidak dinafikan dapat mendorong individu untuk berkelakuan berani dan bertindak di luar kawalan sekiranya mereka memang berniat melakukan jenayah.

“Merujuk kes kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Khamis lalu, saya melihat kes dendam sebagai punca utama mendorong suspek sanggup bertindak demikian.

“Pengambilan dadah merangsang mereka menjadi jauh lebih berani sebaliknya ada juga segelintir penagih yang mengambil dadah namun tidak pernah mencederakan orang lain mahupun terbabit dalam kes jenayah seperti ini.

“Semua yang dilakukan bergantung kepada niat seseorang itu. Misalnya ada individu yang mengambil dadah kerana kecewa dalam hidup tapi tidak membabitkan orang lain mahupun mendatangkan masalah kepada orang lain,” katanya.


TERKINI: " HUKUMAN MATI UNTUK MEREKA YG BAKAR PUSAT TAHFIZ " MUKTAMAD.

TERKINI: " HUKUMAN MATI UNTUK MEREKA YG BAKAR PUSAT TAHFIZ " MUKTAMAD.

 KUALA LUMPUR - Saya berharap semua suspek itu diberi hukuman setimpal. Hukuman mati sebagai pengajaran kepada yang lain," kata ibu mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Khamis lalu.

Hermayani Normatias, 38, ibu kepada mangsa, Indrakurniawan Mohd Amirul, 11, antara tiga yang masih mendapat rawatan di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Beliau berkata, tanpa hukuman setimpal dibimbangi suspek akan mengulangi kesalahan sama atau lebih teruk.

"Saya dimaklumkan dua suspek mempunyai kes lampau tetapi dibebaskan. Sekarang dia terbabit dalam kejadian meragut nyawa 23 orang lain.Tiada jaminan untuk mereka berubah.

"Pihak berkuasa juga perlu menyiasat apa yang mempengaruhi kanak-kanak dan remaja berkenaan kerana perbuatan mereka seolah-olah dipengaruhi pengganas atau ekstremis.

"Jika ini dilakukan kumpulan ekstremis mungkin tidak mengejutkan tetapi ia dilakukan golongan kanak-kanak dan remaja," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut perkembangan anak sulung daripada tiga beradik itu, beliau berkata keadaan anaknya melecur di belakang sampai pinggul kira-kira 23 peratus, melecur di kedua-dua belah tangan, sebelah kakinya patah dan tidak sedarkan diri akibat ubat sedatif.

"Dia terjun keluar tingkap ketika kejadian itu dan diselamatkan jiran," katanya.

Katanya, dia belum pasti sama ada mahu anaknya meneruskan pengajian di situ atau sebaliknya. - Apakes


Wednesday, 20 September 2017

Terkini! Polis Bawa Keluar Suspek Bakar Tahfiz Melawat Lokasi Kebakaran. Apa Yang Dicari?

Terkini! Polis Bawa Keluar Suspek Bakar Tahfiz Melawat Lokasi Kebakaran. Apa Yang Dicari?

Pihak Polis membawa keluar seorang daripada tujuh suspek yang membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, ke lokasi kebakaran pagi tadi.

Suspek berusia 16 tahun itu dibawa oleh pegawai dan anggota polis dengan menaiki sebuah van ke lokasi kejadian pada jam 11.50 pagi, dipercayai dari lokap Balai Polis Jalan Pantai.

Dia kemudian dibawa masuk ke dalam pusat tahfiz sebelum menuju ke bahagian belakang untuk menunjukkan kepada pihak polis mengenai situasi yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian 14 September lalu.

Selepas berada di sana selama lebih kurang 10 minit, suspek kemudian dibawa menaiki tangga belakang menuju ke tingkat atas.

Suspek dibawa keluar dari pusat tahfiz itu pada jam 12.54 tengah hari.

Pihak polis turut memperketatkan kawalan di kawasan persekitaran bagi mengelakkan wajah suspek dirakam pihak media dan orang awam.

Sementara itu, di lokasi sama, Unit Forensik Polis Bukit Aman dan Kuala Lumpur, turut menjalankan tugas dengan merakam gambar dalam dan luar kawasan pusat tahfiz bagi melengkapkan siasatan mereka.

Mereka juga turut membawa kamera 3 dimensi (3D) terbaharu, yang digunakan sebagai rujukan secara teknikal untuk siasatan mereka.

Orang ramai terus membanjiri pekarangan pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung itu bagi menyampaikan sumbangan kepada pengurusan Darul Quran Ittifaqiyah, selain ingin melihat sendiri lokasi kejadian.


Tuesday, 19 September 2017

[VIDEO] Anak kena hukum, bapa berbadan sado datang sekolah pukul cikgu

[VIDEO] Anak kena hukum, bapa berbadan sado datang sekolah pukul cikgu

DUA klip video tersebar di media sosial menyaksikan rakaman seorang bapa dikatakan berang apabila anaknya dihukum oleh cikgu. Lantaran itu dia datang ke sekolah dan memukul cikgu berkenaan.

Ayah kepada pelajar berkenaan yang berbadan sado dan menyerang cikgu tersebut dikatakan bertugas sebagai seorang tentera.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan di sekolah manakah kejadian ini berlaku. Dari gaya percakapan individu-individu di dalam video dipercayai kejadian ini tidak berlaku di Semenanjung Malaysia.

Cikgu tersebut dikatakan kini sedang menerima rawatan kerana mengalami pendarahan dalaman akibat serangan itu.

Di bawah ini dua video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.

Video pertama