Sunday 17 September 2017

Filled Under:

GEMPAR ! Pelajar Tahfiz yang Terselamat Rupanya Tak Pulang Ke Rumah Dan Disembunyikan Di Tempat RAHSIA

GEMPAR ! Pelajar Tahfiz yang Terselamat Rupanya Tak Pulang Ke Rumah Dan Disembunyikan Di Tempat RAHSIA

SEMUA mangsa yang terselamat dalam tragedi kebakaran bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ditempatkan di dalam kem Kementerian Pertahanan sebelum dipindahkan ke sebuah premis rahsia di sekitar Keramat semalam.

Difahamkan, premis itu dikawal ketat pihak polis dan tentera, manakala hanya waris terdekat dibenar memasuki kawasan terbabit.

Sumber berkata, sejurus tingkat tiga pusat tahfiz itu terbakar, mangsa yang selamat ditempatkan di kem Kementerian Pertahanan dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga masing-masing.

Menurut sumber, pelajar tahfiz yang tidak terbabit dalam insiden itu iaitu yang berada di rumah keluarga sewaktu kejadian juga dilarang memasuki premis berkenaan.

Katanya, mereka ditempatkan di kem berkenaan sehingga semalam bagi memastikan keselamatan terjamin selain tidak didekati pihak tertentu.

Selepas itu, katanya, mereka dipindahkan ke premis rahsia bagi tujuan perlindungan dan bilangan sebenar mangsa terselamat turut dirahsiakan.

Beliau yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dinyatakan.





0 comments:

Post a Comment