Friday, 8 September 2017

Filled Under:

Sari Yanti Sah Cerai Secara Tebus Talak...

Sari Yanti Sah Cerai Secara Tebus Talak...

Kali terakhir bertemu pelakon ini adalah pada Ogos 2014 yang lalu dan bila soal penceraian beliau ditumbulkan, Sari Yanti memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab sebarang persoalan tentang perjalanan kes itu di mahkamah.

Menerusi laporan Mangga Online, Sari Yanti & bekas suaminya kini Mohd Edy Casmadi disahkan bercerai secara tebus talak pada 11 December lalu menurut peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili pihak lelaki.

“Mereka telah pun bercerai secara tebus talak di Mahkamah Syariah Seremban yang mana pihak defendan iaitu Sari Yanti dikehendaki membayar RM10,000,” katanya.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah juga telah menetapkan 9 Februari 2015 sebagai perbicaraan penyelesaian kes nusyuz secara baik di antara dua belah pihak sebagaimana yang dikehendaki oleh Sari Yanti dan bekas suaminya. 

sumber : rotikaya





0 comments:

Post a Comment